Sesungguhnya janji Allah itu pasti.
11:53 PM
hahh. ini status tetengah malam 19 julai hari tu. aku ni memang jenis risau sikit kalau perasaan ni kemain rileks je. tak ada rasa risau. sebab mesti lepas tu, akan ada serangan minda. sama ada terlalu gembira atau terlalu kecewa. kakaka.
dan.
memang ternyata, perasaan tak sedap hati tu membawa satu makna........
pagi tu, aku baru je habis download Running Man 154. kemain aku tunggu dengan sabar nak tengok Evra dengan Ji Sung tu. baru tengok half baru perasan jam dah pukul 12.45 tengah hari. cecepat aku bukak portal, dan.................
TERKEJUT GILA TERUS BERDERAI AIR MATA SEDU SEDAN MACAM PUTUS CINTA T.T
cecepat call Jemy, tanya apa nak buat dah ni dah blur gila dah macam putus harapan. cecepat mesej madam Raihan cerita problem.
tunggu pukul tiga, call UiTM nak buat rayuan. sekali dia bilang maaf dik, kami tak layan rayuan tukar. musnah harapan.
call pejabat dekan, pegawai yang uruskan pengambilan tak masuk office lagi.
call pakcik sham, yang cuma dia boleh tolong pass kan surat je. takpe, satu ikhtiar kat situ.
petang tu dapat call daripada madam, mintak buatkan surat secara berkumpulan (hampir 40 orang senasib den) dan hantarkan kepada uitm.
gigih, buat surat, kumpul nama (and nasib baik Yusuf tolong kumpulkan nama) and semua selesai hari Selasa.
thanks to Oya yang tolong pass kan surat dekat Dekan. petang tu jugak dapat tau, madam Raihan and Sir Shahril usaha email sokongan dekat dekan tentang problem kitorang. ya Allah, waktu tu rasa terharu sangat dengan pertolongan lecturer2 ni.
esoknya dapat call daripada madam, kitorang punya rayuan tengah diusahakan, tunggu 2 ogos untuk pembetulan. Alhamdulillah, separuh lega masa tu.
tapi, tengah2 serabut tu, dapat pulak cakap dari orang sekeliling terima je course tu. hulahaihh. bukan tak nak. tapi, hmm 3 tahun aku menuntut bawah bumbung masscomm dan aku dah letakkan target aku. dan, berkecai dengan satu keputusan, aku susah nak terima.
tapi,
semalam dapat mesej dari meera,
"dalila, dah check? :)"
BERDERAU DARAH NI BACA, TAHU?
cecepat on laptop.
dan,
ALHAMDULILLAH.....................
tahniah yang 19 Julai yang samar-samar tu, sekarang ni berkilau macam tak boleh bukak mata dah. syukur sangat-sangat atas keputusan ni. atas berkat usaha dan doa ibu ayah, doa kawan-kawan yg bagi moral support waktu dah macam kecewa tu, doa lecturer2, doa semua orang lah, Alhamdulillah.
maaf dekat member2 yang mesej lepas 19Julai tu tak terbalas sebab tak tahu nak cerita macam mana. kita tak pandai nak cerita betapa kecewa kita kalau kita betul-betul kecewa masa tu. wuwuwuwuwuwuuu.
0 Komen :)
komenlah panjang mana anda suka.
buat karangan pun takpe, sebab saya sangat suka membaca :)
ANONYMOUS adalah tidak best. terima kasih.