Rants (1)
11:08 PM
Assalamualaikum chuols!
Aku tau, aku ada banyak hutang cerita dekat blog ni, even kenangan Lendu Part 1 tu pun tak tersambung aku dah nak internship dah pun. Cerita Jepun pun tergantung lagi. bukan tak excited nak update semua benda lagi-lagi pasal Jepun tu. Masalahnya, aku malas sikit nak resize gambar, malas jugak nak susun collage. Aku nak senangkan semua orang yang rajin nak baca blog ni. Maklumlah, blog aku ni sunyi sepi, jadi haruslah aku menghargai usaha korang yang masih sanggup meluangkan masa berharga korang untuk baca serba sedikit cerita pasal aku. cewah.
Sebenarnya, ikut hati banyak benda nak share, sejak blog ni dah banyak terima persinggahan, dah tiga empat kali jugak aku terdetik nak update segala benda mak nenek berlaku sejak akhir-akhir ni. Tapi, orang paranoid macam aku ni suka fikir jauh (walaupun kadang-kadang ada jugak benda aku tak fikir jauh sangat) satgi, ada je yang aku tak expect jumpa blog ni, terbaca pulak post aku yang tak semenggah. Jadi, aku putuskan untuk tak publish apa-apa post yang aku rasa pelik lain macam. hahaha. aku ni takdelah baik sangat (walaupun classmates sendiri ingatkan I ni gadis naif, penyenyap (?), HAHAHAHA) banyak lah benda yang terdetik dekat hati ni tapi takleh cakap dekat orang, bukan boleh percaya satgi ada lah benda tu jadi senjata nak tikam kita balik.ops.
Oh, by the jalan, Isnin ni aku start intern. Intern dekat company biasa je, sebabkan aku di bawah Komunikasi Instruksional dan Latihan, jadi, lecturer aku insist supaya intern betul betul dekat bahagian situ (yelah, takkan tetiba aku nak intern dekat bahagian Audit pulak kan?). Kebetulan ada satu company dekat Meru ni, dekat jugaklah. jadi, di kesempatan ini aku memohon korang yang dah tersinggah dan dengan relanya baca sampai habis ni, mohon doakan segala urusan aku sepanjang internship dan semester akhir degree ni dipermudahkan Allah SWT. Amin.
Aku rasa better aku stop sampai sini, satgi jauh melalut orang menyampah. Aku tinggalkan korang dengan gambar comel aku, har har.
0 Komen :)
komenlah panjang mana anda suka.
buat karangan pun takpe, sebab saya sangat suka membaca :)
ANONYMOUS adalah tidak best. terima kasih.