Know know dah 2024.

10:54 AM

 Hi!

Last post was in 2019. Itu pun berhenti setakat part 1. Konon nak buat sambungan. Tapi, macam biasalah mood dah lari ke hujung dunia, tak terkejar.

Sebenarnya banyak je post yang dah draft, tapi tak publish. Bukan takat tak publish, Siap tak habis tulis lagi.


2019 -  dah lima tahun berlalu.

Life?

 - Alhamdulillah, dah selamat kahwin dengan D, my love dalam post bawah haha. 

(I selit sekali post dalam laci yang tak siap tu)


- I masih di tempat kerja yang sama, jawatan yang sama, gred yang sama, lambakan kerja je tak sama kahkah

- Bella kucing diva I dah pulang ke negeri abadi, beberapa hari sebelum I dirisik dan ayah jatuh sakit. Bella pergi setelah sebulan bertarung dengan FeLV dan kanser kidney  /  lymphoma.

- Uteh mula jajah rumah kami, since Raya Haji 2019. Sekarang dia lah majikan. 

- Ayah juga telah pulang kepada penciptaNya, November 2023. Hampir dua tahun ayah jalani dialisis air, ayah pergi kerana jangkitan kuman dalam paru-paru. Kehilangan paling besar dalam hidup.

Begitulah life update yang signifikan untuk lima tahun ini.

Harapnya ada lah kerajinan untuk terus update selepas ini. hihi.


PS: I nak tukar layout pun tak reti dah ni!


You Might Also Like

0 Komen :)

komenlah panjang mana anda suka.
buat karangan pun takpe, sebab saya sangat suka membaca :)

ANONYMOUS adalah tidak best. terima kasih.